Derita tiga amah tanpa gaji

Mangsa dipercayai bekerja di rumah tersebut tanpa mendapat bayaran sementara menunggu mendapat pekerjaan di tempat lain.
Mangsa dipercayai bekerja di rumah tersebut tanpa mendapat bayaran sementara menunggu mendapat pekerjaan di tempat lain.
A
A
A

KUALA LANGAT - Tiga pembantu rumah warga asing yang disyaki tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu diselamatkan polis, di sini, pada Selasa.

Op Pintas dilaksanakan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu berjaya menyelamatkan mereka di sebuah kediaman dua tingkat di Bandar Rimbayu, Teluk Panglima Garang.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 11 malam.

Soffian
Soffian

"Serbuan berjaya menyelamatkan tiga wanita berusia 30 hingga 44 tahun membabitkan dua warga Indonesia dan seorang Nepal.

"Polis kemudian menahan seorang wanita tempatan berusia 62 tahun yang merupakan majikan mangsa serta seorang wanita Indonesia berusia 37 tahun untuk tindakan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, semasa serbuan kesemua mangsa berada di dalam rumah.

Artikel Berkaitan:

Anggota polis menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan menyelamatkan tiga wanita warga asing, pada Selasa.
Anggota polis menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan menyelamatkan tiga wanita warga asing, pada Selasa.

Katanya, mangsa dipercayai bekerja di rumah tersebut tanpa mendapat bayaran sementara menunggu mendapat pekerjaan di tempat lain.

"Siasatan awal mendapati suspek wanita tempatan disyaki merupakan ejen pekerja pembantu rumah tidak berdaftar dan menjanjikan mangsa gaji RM1,200 sebulan," ujarnya.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!