Kisah 28 personaliti, tokoh Muar jadi inspirasi generasi muda

Penulis buku, Lilian Low (kiri) bersama Johan Jaaffar (dua dari kanan) dan Pengarah I Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong (kanan) melancarkan buku terbaharu bertajuk 'Muar Than You Know' yang diadakan pada Rabu.
Penulis buku, Lilian Low (kiri) bersama Johan Jaaffar (dua dari kanan) dan Pengarah I Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong (kanan) melancarkan buku terbaharu bertajuk 'Muar Than You Know' yang diadakan pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penerbitan buku berjudul 'Muar Than You Know' menceritakan kisah kejayaan yang diraih 28 personaliti atau tokoh yang berasal dan membesar di Muar.

Penulisnya, Lilian Low berkata, beliau mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan karya berkenaan termasuk melakukan kajian mengenai kisah setiap tokoh atau individu terpilih.

"Buku pertama dilancarkan pada 2017 hanya menceritakan kisah 13 individu sahaja tetapi untuk naskah kedua ini saya masukkan 28 orang tokoh yang boleh menjadi inspirasi kepada semua orang.

"Dua buku yang saya tulis adalah untuk memberi penghormatan kepada Muar. Bagi saya... lokasi tersebut kaya dengan budaya dan persekitaran yang bersih.

"Jadi dalam penulisan ini, saya menggunakan Sungai Muar sebagai metafora bagi membuktikan keutuhan daerah berkenaan kerana dalam sejarah dunia, semua tamadun bermula di muara sungai atau tepi sungai," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Lilian Low melancarkan buku terbaharu bertajuk 'Muar Than You Know' yang diadakan pada Rabu.
Lilian Low melancarkan buku terbaharu bertajuk 'Muar Than You Know' yang diadakan pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau memaklumkan, buku berkenaan bakal menerima reaksi berbeza daripada dua golongan iaitu orang dewasa dan remaja.

Ujarnya, bagi individu yang sudah berumur sudah pasti akan menjadikan kisah-kisah tersebut bagi mengimbau kembali kenangan sewaktu muda.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi bagi golongan muda, ia memberi inspirasi kepada mereka bahawa apa sahaja kemungkinan dan kesukaran yang dihadapi, selagi anda bertahan serta mempunyai kepercayaan pada diri sendiri, anda akan berjaya.

"Saya tahu hari ini, orang tidak membaca kerana kecanggihan teknologi semakin menguasai dunia. Jadi, saya ambil pendekatan yang berbeza.

"Cerita yang saya tulis bukanlah biografi dan autobiografi biasa kerana ia membosankan. Oleh itu, saya menggunakan gaya penulisan sastera hibrid iaitu mencampurkan puisi serta prosa," jelasnya.

Sementara itu, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, buku kedua ini tidak sama seperti buku pertama yang menumpukan kisah kejayaan warga Singapura sahaja.

Menurutnya, penulisan kali ini lebih banyak memberi peluang kepada pembaca untuk mendalami kisah yang boleh menjadi inspirasi daripada anak kelahiran Muar.

Lilian Low (kanan) bersama Johan Jaaffar (kiri) dan Pengarah I Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong (tengah) melancarkan buku terbaharu bertajuk 'Muar Than You Know' yang diadakan pada Rabu.
Lilian Low (kanan) bersama Johan Jaaffar (kiri) dan Pengarah I Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong (tengah) melancarkan buku terbaharu bertajuk 'Muar Than You Know' yang diadakan pada Rabu.

"Buku ini bukan sahaja berkaitan tokoh tetapi juga mengenai bandar kecil yang dianggap bandar pencen yang menjadi sebahagian daripada sejarah Johor.

"Tetapi apa yang penting adalah semangat atau personaliti tokoh-tokoh yang dulunya orang biasa tetapi mereka mencapai kejayaan luar biasa.

"Ini merupakan sumber inspirasi generasi muda. Anak-anak yang membesar di bandar kecil kemudian mampu berjaya dalam pelbagai bidang," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!