Pembunuhan Ismail Haniyeh jejas kestabilan, keselamatan serantau

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
A
A
A

SHAH ALAM – Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran merupakan tindakan yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip kedaulatan sesebuah negara.

Penasihat Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar), Nurul Izzah Anwar berkata, pembunuhan itu juga boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan serantau serta wajar dikecam masyarakat antarabangsa.

"Ia adalah satu tragedi bahawa tiada garis sempadan dalam konflik Palestin yang sedang berlaku, kehilangan nyawa, termasuk Ismail Haniyeh hanya akan mengekalkan kitaran keganasan dan penderitaan.

"Semua pihak yang terlibat perlu bertenang dan mencari penyelesaian secara aman melalui dialog serta diplomasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini pimpinan Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan Ismail dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediamannya di Teheran.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut menggesa semua negara untuk menggalakkan gencatan senjata dan berusaha ke arah mengurangkan ketegangan di Timur Tengah.

Beliau menegaskan, masyarakat antarabangsa perlu bersama-sama menyokong usaha membentuk keamanan berkekalan yang menghormati hak serta aspirasi rakyat Palestin.

"Ucapan takziah kami ditujukan kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh rakyat Palestin Haniyeh, serta semua yang terjejas akibat konflik itu.

Artikel Berkaitan:

“Semoga legasi beliau memberi inspirasi kepada komitmen yang diperbaharui terhadap keamanan dan keadilan di rantau ini,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!