Masyarakat antarabangsa perlu desak Israel bertanggungjawab - Ops Ihsan

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat antarabangsa digesa mengambil tindakan tegas bagi mendesak Israel untuk bertanggungjawab atas tindakan kejam membunuh pemimpin pasukan pejuang Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran.

Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, tindakan itu perlu dilakukan dalam usaha ke arah membawa keamanan kepada rakyat Palestin yang telah dinafikan secara konsisten sejak 75 tahun lalu.

"Ops Ihsan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu, rejim Israel telah mengambil jalan keluar untuk membunuh pemimpin Hamas berikutan kegagalan mereka di Gaza.

"Solidariti dan kebersamaan kami tidak berbelah bahagi dengan seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan pemimpin dan semua ahli keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Haniyeh, 62, terbunuh dalam 'serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Teheran'.

Haniyeh berada di Teheran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

Tambah Jismi, serangan kejam Israel tersebut melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian aman berdasarkan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia yang akan terus diinjak-injak.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, serangan berterusan Israel membuktikan rejim Zionis tidak menginginkan gencatan senjata seperti yang dituntut oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Ia juga dilihat tidak akan mematuhi undang-undang serta peraturan antarabangsa.

"Pada April lalu, tiga anak lelaki dan tiga cucu Haniyeh syahid dalam serangan udara Israel. Seramai 60 ahli keluarganya telah terbunuh dalam perang sejak 7 Oktober lepas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!