Polis sahkan terima laporan dakwaan guna Datuk Seri palsu

Datuk Seri Yahaya Othman
Datuk Seri Yahaya Othman
A
A
A

KUANTAN - Polis mengesahkan menerima laporan daripada Istana Pahang terhadap seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan sedang dijalankan dan beberapa individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

"Polis terima laporan dan kes dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4(1) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang iaitu Amir Syaffiq Hamzah mengesahkan bahawa laporan itu dibuat pada 26 Julai lepas.

Beliau berkata semakan mendapati individu terbabit belum dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dan sudah dipanggil oleh polis untuk proses rakam keterangan di ibu negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!