Nyaris dilanggar kereta api gara-gara 'asyik bercinta'

Bunyi hon kereta api yang kuat dan panjang telah menyelamatkan mereka daripada kematian. Foto Agensi
Bunyi hon kereta api yang kuat dan panjang telah menyelamatkan mereka daripada kematian. Foto Agensi
A
A
A

BANDUNG - Sepasang kekasih nyaris dilanggar kereta api apabila tidak menyedari kehadiran kenderaan itu kerana terlalu asyik bermadu kasih di pinggir landasan.

Kejadian dilaporkan berlaku di jambatan Kereta Api (KA) Cisomang, Kabupaten Purwakarta pada Sabtu.

Malah kejadian berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Klip video tular memaparkan bagaimana pasangan itu akhirnya terselamat selepas mendengar bunyi hon yang panjang daripada kereta api tersebut.

Susulan kejadian berkenaan, Pengurus Operasi Kereta Api Bandung, Ayep Hanapi mengingatkan masyarakat supaya mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti di landasan kereta api.

"Ia bukan sahaja membahayakan diri, malah boleh dianggap melanggar undang-undang," katanya pada Selasa.

Tambahnya, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum sembilan bulan penjara atau dikenakan denda wang tunai.

"Kami amat berharap masyarakat mengambil berat tentang bahaya di kawasan landasan kereta api dan mematuhi peraturan yang telah kita tetapkan," tambahnya lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!