Pembunuhan Ismail Haniyeh: Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar

No Image Caption
A
A
A

KANADA - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu mengenai pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di ibu negara Iran, Tehran.

Menurut Agensi Anadolu, Rusia, yang kini memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan berkata mesyuarat itu akan berlangsung pada jam 4 petang waktu tempatan.

Sesi tergempar itu diminta oleh Iran dan disokong oleh Rusia, Algeria, dan China. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!