Nelayan asing selamba guna bubu naga tangkap ikan

Antara warga Myanmar yang ditahan ketika sedang leka menggunakan bubu naga di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam pada Rabu.
Antara warga Myanmar yang ditahan ketika sedang leka menggunakan bubu naga di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam pada Rabu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kegiatan nelayan asing yang dipercayai digaji warga tempatan bagi mencuri hasil laut dengan menggunakan peralatan haram iaitu bubu naga di perairan Sungai Besar di sini dilumpuhkan pada Rabu.

Operasi itu dijalankan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Selangor dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang bermula jam 8 pagi.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, seramai 10 lelaki warga Myanmar berusia 26 hingga 54 tahun tanpa dokumen pengenalan diri telah ditahan ketika sedang leka menuai hasil bubu naga.

Katanya, pasukan operasi turut bertindak merampas lima bot vesel selain peralatan bubu naga.

Lima vesel yang digunakan nelayan warga Myanmar disita pada Rabu.
Lima vesel yang digunakan nelayan warga Myanmar disita pada Rabu.

"Dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ini diupah oleh warga tempatan untuk menjalankan operasi bubu naga di perairan Sungai Besar.

"Siasatan juga dijalankan untuk kenal pasti majikan selain sejak bila aktif, upah diberi dan adakah mereka terlibat dalam kumpulan yang sama," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Noraisyah berkata, pihaknya percaya nelayan asing ini giat menjalankan aktiviti pada waktu air mati.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, bagi mengelakkan bubu naga dirampas di jeti, nelayan-nelayan ini akan meletakkan semula peralatan itu di lokasi penangkapan ikan sejurus hasil diperoleh.

Nelayan warga Myanmar ditahan ketika sedang menangkap hasil laut menggunakan bubu naga di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam pada Rabu.
Nelayan warga Myanmar ditahan ketika sedang menangkap hasil laut menggunakan bubu naga di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam pada Rabu.

Tegas beliau, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana mengusahakan penangkapan ikan tanpa lesen yang sah.

"Selain itu, penggunaan bubu naga juga disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 kerana peralatan ini dikategorikan sebagai peralatan menangkap ikan yang dilarang diusahakan di perairan perikanan Malaysia," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!