Iran akan balas dendam pembunuhan Haniyeh - Pemimpin Agung

Gambar daripada pejabat Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menunjukkan beliau (kanan) bertemu dengan Ismail Haniyeh di Tehran pada 30 Julai lepas. Foto AFP
Gambar daripada pejabat Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menunjukkan beliau (kanan) bertemu dengan Ismail Haniyeh di Tehran pada 30 Julai lepas. Foto AFP
A
A
A

TEHRAN - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata, adalah menjadi kewajipan bagi Iran untuk membalas dendam atas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam kenyataan pada Rabu, Ayatollah Khamenei mengucapkan takziah atas pemergian Haniyeh dalam serangan ke atas kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.

"Penjenayah dan pengganas rejim Zionis telah menyebabkan tetamu kami mati syahid di dalam negara kami dan ia adalah sesuatu yang menyedihkan, tetapi ia membuka laluan untuk hukuman yang keras dikenakan ke atas mereka," kata Pemimpin Tertinggi itu.

Ayatollah Khamenei berkata, Ismail tidak pernah takut untuk mati syahid, dan sentiasa bersedia untuk perkara itu dalam kehidupannya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada warga Palestin yang bangga dan keluarga Haniyeh atas kematian pemimpin kumpulan Palestin itu dan rakannya dalam serangan rejim Israel. - Bernama-IRNA

@sinarharianonline

Iran akan balas dendam pembunuhan Haniyeh - Pemimpin Agung Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Dunia #Global #TimurTengah #Iran #Israel #IsmailHaniyeh #Hamas #AyatollahKhamenei #MasoudPezeshkian

original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!