Gen Z: Pembeli bijak yang mengubah landskap peruncitan Malaysia
Gen Z, dengan kebolehan digital semula jadi dan jangkaan tinggi, kini sedang mentakrifkan semula peraturan peruncitan di Malaysia. Pengguna yang cerdas ini meneliti produk dengan teliti dan menuntut pengalaman membeli-belah yang pantas dan lancar.
Mereka tertarik dengan tawaran yang sukar ditandingi, pemulangan produk yang mudah, serta keselamatan dan kemudahan.
Bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), cabaran utama adalah memenuhi permintaan Gen Z.
Pembeli muda ini sangat peka terhadap nilai produk, mahukan penghantaran percuma, harga berpatutan, dan jaminan produk. Data Shopee menunjukkan trend ini dengan 1.6 juta carian kata kunci berasaskan nilai setiap bulan.
Kepercayaan juga amat penting bagi golongan ini. Kajian terkini Kantar, 'Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli Generasi Z di Era Digital', yang ditaja oleh Shopee, mendapati dua daripada tiga responden mengutamakan pemenuhan pesanan yang boleh dipercayai dan lebih cenderung membeli di platform e-dagang yang dipercayai.
Selain daripada tawaran produk yang menarik, pemenuhan pesanan dan khidmat penghantaran yang hebat serta pemilihan platform perniagaan yang dipercayai adalah sama penting.
Khidmat pelanggan terbaik kunci kejayaan produk Sambal Hitam
Di Bentong, Pahang, sebuah perjalanan kulinari telah bermula dan berjaya menarik minat Gen Z yang celik teknologi.
Khairil Adhzaha, pemilik Tokey Sambal Hitam, memulakan perniagaan pada tahun 2009 dengan visi mudah: berkongsi juadah lazat dari kampung halamannya.
Mengatasi cabaran geografi untuk meyakinkan penduduk Lembah Klang mencuba sambal hitam Bentong bukanlah mudah. Namun, Khairil tidak berputus asa. Beliau percaya dengan kualiti bahan-bahan tempatan premium dari petani di Selangor, Pahang, dan Perak. Kualiti terbaik adalah rahsia kejayaannya.
Tokey Sambal Hitam kini bukan lagi rahsia tersembunyi Bentong. Jenama ini telah berjaya menjadikan juadah tempatan kepada kegemaran ramai seluruh negara, terutama dalam kalangan Gen Z. Rahsia kejayaannya adalah menawan pembeli melalui deria rasa dan khidmat pelanggan terbaik.
Untuk menonjolkan jenamanya, Khairil menjadi Shopee Preferred Seller dengan memenuhi kriteria ketat Shopee. Ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti jenamanya tetapi juga memberikannya akses kepada ciri-ciri perniagaan penting seperti Jaminan Wang Kembali, Jaminan Tepat Waktu, dan program Penghantaran Percuma Shopee.
Dengan sokongan Shopee, Tokey Sambal Hitam telah mengalami peningkatan keuntungan tahunan sebanyak 20 peratus dan meraih anugerah berprestij termasuk ‘Sambal Hitam Terlaris di Shopee’ dan gelaran ‘Super Favorite Buatan Malaysia’ di Shopee Super Awards 2022.
Kini, dengan penilaian 5.0 bintang dan hampir 30,000 pengikut setia, Tokey Sambal Hitam adalah contoh penjual cemerlang yang menggunakan e-dagang untuk berkembang hebat.
“Tanpa platform dalam talian seperti Shopee, Tokey Sambal Hitam tidak akan mencapai kejayaan seperti hari ini.
“Yang benar-benar memberi kan perbezaan adalah saya dapat memupuk kepercayaan dan meningkatkan kepuasan pelanggan. Kini, 25 peratus pesanan harian saya datang dari Shopee Live. Dengan memanfaatkan rangkaian rakan logistik Shopee yang luas dan ciri sokongan pemasarannya, saya dapat memberikan pengalaman pengguna yang berkualiti,” kata Khairil
Dari Ipoh ke Rantau: Empayar ergonomik TTRacing
Dalam era kerja jarak jauh dan keutamaan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan celik digital dan profesional jarak jauh, mereka kini sentiasa mencari produk ergonomik untuk meningkatkan keselesaan serta produktiviti pejabat rumah mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif TTRacing, Henry Ting melancarkan produknya di Ipoh dengan visi untuk mengubah cara rakyat Malaysia bekerja dan berehat.
Fokusnya adalah pada kerusi ergonomik untuk meningkatkan persediaan pejabat rumah dan produktiviti. Namun, perjalanannya tidak mudah.
Beroperasi dalam talian dari Ipoh, TTRacing menghadapi cabaran meyakinkan pelanggan untuk membeli tanpa merasai produk tersebut dan berdepan dengan kos penghantaran yang tinggi.
Titik perubahan berlaku apabila TTRacing bekerjasama dengan Shopee. Dengan penyelesaian bersepadu Shopee, termasuk penghantaran percuma dan pilihan pembayaran fleksibel, TTRacing berjaya menjadikan kerusi ergonomik premium lebih mudah diakses. Dalam masa enam bulan, mereka menggandakan jumlah pesanan mereka.
“Bekerjasama dengan Shopee membawa perubahan penting bagi kami. Misi kami tercapai dalam memberikan keselesaan dan sokongan terbaik kepada setiap pengguna.
“Terima kasih kepada Shopee, kami telah berjaya memperluas capaian pelanggan ke seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.
“Menyertai kempen jualan bertema Shopee membolehkan kami menarik perhatian pembeli semasa waktu kemuncak membeli-belah. Kami melihat peningkatan sebanyak 188 peratus dalam pesanan tahun-ke-tahun,” katanya.
Dengan gabungan reka bentuk produk yang inovatif, perkongsian strategik, dan polisi yang mengutamakan pelanggan, TTRacing menerajui pasaran penyelesaian ergonomik, menetapkan piawaian baru untuk keselesaan dan produktiviti dalam era digital hari ini.
Peningkatan keyakinan pembeli dan pertumbuhan jualan
Bagi Shopee, memupuk pertumbuhan dan daya tahan perniagaan tempatan serta membangunkan ekosistem e-dagang yang maju adalah fokus utama.
Menurut Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, pihaknya lebih daripada sekadar platform.
“Kami adalah rakan kongsi dalam pertumbuhan PMKS. Kami bangga memainkan peranan dalam memperkasakan perusahaan tempatan, menjana pendedahan dan minat terhadap produk Buatan Malaysia serta membolehkan jenama tempatan menawarkan produk malah pengalaman pelanggan bertaraf dunia,” katanya.
Tahun ini, Shopee mengukuhkan komitmennya untuk menyokong pertumbuhan PMKS dengan melancarkan ciri-ciri baru untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah bagi pembeli dan menjana penjual dengan lebih banyak cara untuk berkembang.
Ini termasuk program seperti Penghantaran Percuma di seluruh platform dan Jaminan Tepat Waktu serta meningkatkan saluran mesra Gen Z seperti Shopee Live, Shopee Video dan program Penyelesaian Pemasaran Affiliate.
Dengan fokus terhadap inovasi dan sokongan, Shopee terus memperkasakan perniagaan tempatan untuk mencapai kejayaan dan menawan hati Gen Z.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!