SAM gesa kerajaan Kedah kaji semula aktiviti kuari

Keretakan pada dinding rumah yang didakwa akibat aktiviti kuari. Foto SAM
Keretakan pada dinding rumah yang didakwa akibat aktiviti kuari. Foto SAM
A
A
A

BANDAR BAHARU - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri Kedah mengkaji semula aktiviti kuari yang didakwa berlaku di Kampung Padang, Mukim Sungai Kecil Hilir di sini.

Presidennya, Meenakshi Raman berkata, situasi itu menimbulkan kebimbangan kerana penduduk terpaksa berhadapan dengan beberapa masalah keselamatan dan pencemaran.

Dakwanya, berlaku keretakan dinding rumah, jalan berhabuk dan pencemaran bunyi kerana mesin penghancur batu yang beroperasi hingga lewat malam menimbulkan rasa ketidaktenteraman.

"Lebih merisaukan penduduk ialah kehadiran jentera berat yang mengundang kerisauan keselamatan pengguna lain.

"Oleh itu kami menyeru agar semua agensi seperti Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah Bandar Baharu, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan dalam hal ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya khuatir jika perkara berkenaan tidak ditangani sewajarnya, boleh mengundang risiko keselamatan selain kesan buruk terhadap alam sekitar.

Aktiviti kuari yang didakwa beroperasi di Kampung Padang, Mukim Sungai Kecil Hilir, Bandar Baharu. Foto SAM
Aktiviti kuari yang didakwa beroperasi di Kampung Padang, Mukim Sungai Kecil Hilir, Bandar Baharu. Foto SAM

"Persoalannya ialah adakah siasatan telah dilakukan dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sekiranya didapati melanggar syarat dan peraturan?

Artikel Berkaitan:

"Apakah tindakan susulan dan pemantauan yang dilaksanakan untuk memastikan pematuhan syarat lesen dan menyelesaikan masalah kacau-ganggu, pencemaran dan ancaman keselamatan yang dilaporkan oleh penduduk?,"soalnya.

Jutseru, katanya, SAM menggesa kerajaan negeri Kedah dan pihak berkuasa berkaitan memandang serius perkara terbabit.

"Jika pengusaha didapati melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, maka tindakan sewajarnya perlu diambil tanpa sebarang kompromi termasuklah penggantungan permit kerana isu-isu yang dibangkitkan adalah membahayakan keselamatan dan ketenteraman orang ramai," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!