Bungkus pil kuda dalam seluar jean

Norlela menunjukkan seluar jean yang digunakan untuk menyembunyikan pil kuda yang akan dihantar ke luar negara.
Norlela menunjukkan seluar jean yang digunakan untuk menyembunyikan pil kuda yang akan dihantar ke luar negara.
A
A
A

KLANG - Helah sorok 600 biji pul kuda yang diletak dalam bungkusan lipatan seluar jean terpakai untuk dihantar ke luar negara terbongkar dalam rampasan di Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 16 Julai lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan dibuat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor).

Menurutnya, rampasan seberat 120 gram dianggarkan bernilai RM9,000 dipercayai dari sebuah negeri di pantai timur untuk dihantar ke negara Asia Selatan.

Pil kuda yang dirampas kastam di Pusat Mel dan Kurier KLIA, 16 Julai lalu.
Pil kuda yang dirampas kastam di Pusat Mel dan Kurier KLIA, 16 Julai lalu.

"Modus operandi adalah ikrar barang sebagai pakaian bagi elak dikesan JKDM.

"Pil itu disorok dalam lipatan sehelai seluar jean dan siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti penghantar bungkusan itu," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Khamis.

Kontena membawa rokok seludup dirampas kastam di Pelabuhan Klang, 4 Jun lalu.
Kontena membawa rokok seludup dirampas kastam di Pelabuhan Klang, 4 Jun lalu.

Tegasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Dalam kes berasingan, sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang ditahan pada 4 Jun lalu, dengan rampasan 4,000 batang rokok bernilai RM2.99 juta termasuk duti dan cukai.

Tambah Norlela, sindiket menyeludup masuk rokok dengan mengikrar sebagai 'wood marquetry and inlaid wood' bagi elak ditahan JKDM.

Rokok seludup yang dirampas kastam di Pelabuhan Klang, 4 Jun lalu.
Rokok seludup yang dirampas kastam di Pelabuhan Klang, 4 Jun lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!