'Tok Arab' minat ayam serama

Che Mohamad Asyraf menunjukkan ayam serama miliknya.
Che Mohamad Asyraf menunjukkan ayam serama miliknya.
A
A
A

PASIR MAS - Kegilaan orang ramai terhadap kecantikan ayam serama masih belum padam bahkan semakin mendapat tempat di pentas antarabangsa.

Terbaharu haiwan itu menjadi 'kegilaan' dalam kalangan masyarakat di kawasan timur tengah khususnya Kuwait.

Perkara itu diakui sendiri oleh pembiak baka ayam serama, Che Mohamad Asyraf Che Hussin, 33, dari Kampung Teliar, Bunut Susu dekat sini.

"Sebelum ini, haiwan ini hanya popular di kawasan Rantau Asia Tenggara sahaja seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam.

"Namun, pasarannya makin meluas apabila masyarakat Arab sudah mula terpikat dengan kecantikan yang ada pada haiwan tersebut," katanya.

Che Mohamad Asyraf menunjukkan ayam serama yang dibela.
Che Mohamad Asyraf menunjukkan ayam serama yang dibela.

Menurutnya, situasi itu dilihat mampu merancakkan lagi industri pembiakan ayam serama di negara ini dan secara tidak langsung mampu menjana pendapatan tambahan kepada peminat dan penggemar haiwan itu.

"Saya cukup gembira dengan situasi ini malah ia menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk menghasilkan baka-baka ayam serama yang lebih berkualiti," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini nilai tertinggi ayam serama yang pernah dijual oleh pemilik haiwan itu berjumlah RM20,000," katanya.

Selain ayam serama, Che Mohamad Asyraf ialah salah seorang pembiak baka ikan gapi yang cukup popular di negeri ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!