Gagal 'seludup' 231 kenderaan mewah bernilai RM27.45 juta

Mini Cooper dan kereta elektrik Chery Omoda antara kenderaan yang dirampas kastam di Pelabuhan Utara, Klang, baru-baru ini.
Mini Cooper dan kereta elektrik Chery Omoda antara kenderaan yang dirampas kastam di Pelabuhan Utara, Klang, baru-baru ini.
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 231 kenderaan mewah bernilai RM27.45 juta dalam operasi berasingan di Pelabuhan Utara di sini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, operasi pertama pada 25 Jun telah menahan 67 kontena yang membawa 200 kenderaan, manakala operasi kedua pada 27 Jun bertindak menahan 17 kontena yang mengandungi muatan 31 kenderaan.

Katanya, siasatan awal mendapati pengimportan dagangan itu tidak mempunyai permit import daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

"Kenderaan yang dirampas membabitkan Mini Cooper, Toyota Alphard dan kereta elektrik Chery Omoda.

Norlela (kiri) menunjukkan antara kenderaan yang dirampas kastam di Pelabuhan Utara, Klang, baru-baru ini.
Norlela (kiri) menunjukkan antara kenderaan yang dirampas kastam di Pelabuhan Utara, Klang, baru-baru ini.

"JKDM percaya kesemua kenderaan ini adalah untuk pasaran tempatan, namun kedua-dua kes ini membabitkan rangkaian berlainan," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan termasuk merekod keterangan pihak pengimport.

Tegas Norlela, masyarakat digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan kerana ia merugikan negara dari segi kehilangan hasil selain ancaman kepada keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"JKDM menyeru orang awam memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat sebarang aktiviti penyeludupan di Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran dan kita memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!