[VIDEO] Budak 12 tahun belajar pandu kereta daripada kakak

A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tular memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong di sini, dipercayai diajar oleh kakaknya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis telah mengambil keterangan kakak kanak-kanak itu selain beberapa ahli keluarganya.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu belajar memandu daripada kakaknya berusia lingkungan 20-an.

"Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 serta Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berikutan itu, polis telah merekod keterangan tujuh individu termasuk bapa kanak-kanak berusia 53 tahun yang juga seorang peniaga.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan satu rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adiknya berusia empat dan enam tahun.

Artikel Berkaitan:

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam, Ahad lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!