Lebih 500 usahawan ada sijil halal di Pahang

Syed Ibrahim bersama 150 usahawan menyertai Sesi Town Hall Dasar Halal Negara 2025 hingga 2035 (DHN2035) bagi Zon Timur
yang berlangsung selama sehari di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Syed Ibrahim bersama 150 usahawan menyertai Sesi Town Hall Dasar Halal Negara 2025 hingga 2035 (DHN2035) bagi Zon Timur yang berlangsung selama sehari di sebuah hotel di sini pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Lebih 500 usahawan direkodkan memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Pahang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 62 peratus adalah usahawan bumiputera.

"Kalau ikutkan kesedaran terhadap sijil halal semakin meningkat dan setakat ini, lebih 500 usahawan adalah pemegang sijil halal di negeri ini," katanya.

Beliau merasmikan Sesi Town Hall Dasar Halal Negara 2025 hingga 2035 (DHN2035) bagi Zon Timur bagi pembangunan Dasar DHN 2035 di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Seramai 150 usahawan menyertai sesi Town Hall yang berlangsung selama sehari itu.

Syed Ibrahim memberitahu, semua pihak perlu membantu memperkenalkan industri halal ini agar setiap lapisan masyarakat mampu menerima dengan positif.

"Kita tidak mahu usaha semurni ini terbantut oleh tangan kita sendiri yang menentang seumpama RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) baru-baru ini," ujarnya.

Selain itu, Syed Ibrahim turut memaklumkan kerajaan Pahang juga menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka yang layak boleh memohon bantuan pinjaman ini melalui Jabatan Pertanian Pahang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!