Lesen media sosial tidak libatkan pengguna - Fahmi

Fahmi
Fahmi
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan hari ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, sebaliknya perlesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial, justeru pengguna tidak perlu untuk mendapatkan lesen tersebut.

"Ada pihak-pihak yang menyatakan pandangan yang jauh lari daripada realiti proses sebenar pelesenan. Saya ingin jelaskan ia terpakai kepada pemberi perkhidmatan sahaja, bukan kepada pengguna atau pempengaruh.

"MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan terbitkan satu FAQ untuk memberi penjelasan berhubung sistem perlesenan itu,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Fahmi berkata, dalam tempoh 1 Ogos sehingga 31 Disember ini, MCMC juga akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk wakil platform media sosial dan sistem pesanan internet untuk mengenal pasti code of conduct dan tindakan akibat kegagalan memiliki lesen atau ingkar arahan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!