Pearly-Thinaah lakar sejarah ke separuh akhir Olimpik

Pearly Tan-M Thinaah
Pearly Tan-M Thinaah
A
A
A

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terus menampilkan sensasi tersendiri apabila menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong untuk melangkah ke pusingan separuh akhir Olimpik Paris 2024 pada Khamis.

Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah melakar sejarah menjadi beregu wanita pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir temasya sukan terbesar dunia itu.

Dalam aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena itu, Pearly-Thinaah menunjukkan belang mereka apabila mudah mengatasi gandingan Korea Selatan yang berada di ranking ke-10 dunia itu dengan kemenangan 21-12.

Pada set kedua, So Yeong-Hee Yong yang juga pemenang gangsa Olimpik edisi lalu cuba bangkit denngan permainan lebih kemas untuk memerangkap Pearly-Thinaah.

Namun, ketenangan dipamerkan gandingan itu sukar digugat apabila sekali lagi berjaya untuk memenangi set kedua dan juga perlawanan tersebut dengan 21-13.

Mereka dijadualkan menentang Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!