MBSA sedia Gerobok Rezeki bantu golongan memerlukan

Shahrin (tengah) menyampaikan replika cek kepada sebagai simbolik pada Yoes Amiruddin (kanan) pada Gerobok Rezeki MBSA 2024 di Masjid Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini pada Rabu.
Shahrin (tengah) menyampaikan replika cek kepada sebagai simbolik pada Yoes Amiruddin (kanan) pada Gerobok Rezeki MBSA 2024 di Masjid Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan program Gerobok Rezeki di dua masjid bagi meringankan beban golongan memerlukan.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awamnya, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, program itu merupakan komitmen berterusan MBSA selain menggalakkan komuniti setempat untuk lebih prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan.

"Pihak MBSA juga berharap program kemasyarakatan seperti ini dapat merapatkan hubungan perpaduan, ukhuwah silaturahim warga MBSA dengan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Azhar memberitahu, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan terbaharu MBSA dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 17 menganjurkan program Gerobok Rezeki MBSA 2024 di Masjid Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini pada Rabu.

Katanya, MBSA telah menyediakan almari untuk kegunaan masjid bagi menempatkan barangan keperluan harian seperti beras, minyak, telur, susu pekat, tepung, sardin, gula, garam, kicap, sos cili, dan lain-lain.

Shahrin (dua dari kanan) diiringi Yoes Amiruddin (kanan) menyerahkan gimik sumbangan Gerobok Rezeki MBSA 2024 di Masjid Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini pada Rabu.
Shahrin (dua dari kanan) diiringi Yoes Amiruddin (kanan) menyerahkan gimik sumbangan Gerobok Rezeki MBSA 2024 di Masjid Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini pada Rabu.

"Pada masa sama, pihak MBSA turut memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Masjid Taman Subang Perdana," ujar beliau.

Tambah beliau, program itu juga merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) iaitu Tiada Kemiskinan (SDG 1), dan Bandar dan Masyarakat Lestari (SDG 11) serta sejajar dengan dengan komitmen untuk menjadikan MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) prihatin.

Artikel Berkaitan:

Program Gerobok Rezeki MBSA 2024 itu dihadiri Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad dan Nazir Masjid Taman Subang Perdana Seksyen U3, Yoes Amiruddin Abdul Malek.

Masjid Taman Subang Perdana Seksyen U3 di sini merupakan masjid kedua yang menyediakan Gerobok Rezeki MBSA selepas Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27, Shah Alam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!