Kandungan gula dikurangkan 50 peratus dalam acara rasmi kerajaan

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil ketika sidang media di Kementeriannya pada Khamis. Foto Bernama
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil ketika sidang media di Kementeriannya pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bagi mempromosi gaya hidup sihat, Jemaah Menteri memutuskan penggunaan gula dalam minuman yang disediakan di semua acara anjuran kerajaan dikurangkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata, keputusan itu diambil selepas laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 mendapati satu daripada enam orang atau 15.5 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia didiagnoskan sebagai penghidap diabetes.

"Semua minuman akan disediakan secara gula tidak dimasukkan. Jadi kita akan kurangkan penggunaan gula. Biar manis di senyuman bukan dalam minuman.

"Ini adalah keputusan Jemaah Menteri untuk mewujudkan satu suasana yang lebih sihat,” kata beliau pada sidang media di sini pada Khamis.

Tinjauan juga menunjukkan kumpulan rakyat tertinggi yang menghidap penyakit tidak berjangkit itu berusia 60 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 38 peratus diikuti usia 50 hingga 59 tahun (28.8 peratus), usia 40 hingga 49 tahun (15.2 peratus), 30 hingga 39 tahun (6.5) dan 18 hingga 29 tahun (3.2). - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!