KALA Fest tawar hadiah berjumlah RM10,000 untuk dimenangi

KALA Fest berlangsung selama enam hari bermula 30 Julai hingga 4 Ogos bertempat di Aeon Mall Shah Alam.
KALA Fest berlangsung selama enam hari bermula 30 Julai hingga 4 Ogos bertempat di Aeon Mall Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menawarkan hadiah berjumlah RM10,000 kepada orang ramai yang menyertai Kelantan Authentic Lifestyle and Art Festival (KALA Fest) di Aeon Mall Shah Alam sempena tahun melawat Kelantan.

Pengarah Program KALA Fest, Muhammad Faris Abdul Kahar berkata, hadiah menarik berkenaan boleh dimenangi dengan menyertai pertandingan secara percuma yang diadakan sepanjang enam hari berlangsungnya KALA Fest bermula dari 30 Julai hingga 4 Ogos ini.

“Penyertaan adalah percuma. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan mewarna batik, congkak, batu seremban, musang berjanggut, makan berpasangan dan sebagainya.

Muhammad Faris
Muhammad Faris

“Bukan itu sahaja, kita juga adakan cabutan beli menang dengan syarat, pengunjung membuat pembelian berjumlah RM50 di reruai KALA Fest,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Menurutnya, pengunjung hanya perlu meneka jumlah barang yang ada di dalam troli beli-belah dan jika tekaan itu tepat atau hampir, mereka akan membawa pulang kesemua barangan tersebut.

Dalam pada itu, Muhammad Faris memberitahu, penganjuran KALA Fest adalah bertujuan untuk mempromosi budaya, makanan dan produk-produk dari Kelantan.

Katanya, festival berkenaan adalah bertepatan dengan tahun melawat Kelantan yang menginginkan orang ramai untuk lebih mengenali negeri tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Nasir (kiri) menjadi tetamu di KALA Fest bagi sesi 'Perkongsian Kejayaan' di Aeon Mall Shah Alam pada Khamis.
Muhammad Nasir (kiri) menjadi tetamu di KALA Fest bagi sesi 'Perkongsian Kejayaan' di Aeon Mall Shah Alam pada Khamis.

“Di KALA Fest ini, kita menampilkan 19 reruai yang mewakili pengusaha-pengusaha produk tempatan bermula dari makanan dan kraf tangan.

“Ini pentas yang baik untuk pengusaha kecil ini mengembangkan perniagaan mereka agar dikenali ramai,” ujar beliau.

Sementara itu, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, KALA Fest perlu diadakan dengan lebih kerap agar orang ramai mengenali budaya, makanan, tradisi dan produk tempatan.

“Saya rasa ini (KALA Fest) merupakan satu inisiatif yang wajar dilakukan setiap bulan di negeri-negeri yang berbeza.

Terdapat 19 reruai di KALA Fest yang menampilkan pengusaha-pengusaha produk tempatan.
Terdapat 19 reruai di KALA Fest yang menampilkan pengusaha-pengusaha produk tempatan.

“Ini kerana Kelantan mempunyai kepelbagaian dan keistimewaan yang tersendiri. Saya berpandangan festival yang bersifat acara tahunan tidak cukup untuk menceritakan keseluruhan di sebalik Kelantan,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Nasir turut menasihat peniaga-peniaga kecil untuk melabur lebih dalam pengiklanan.

Menurutnya, pengiklanan yang meluas akan membolehkan produk berkenaan dikenali ramai dan mampu berdaya saing dengan barangan lain.

“Kini kita mempunyai pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram, X dan TikTok yang rata-ratanya percuma. Jadi gunakan peluang ini untuk mempromosi produk secara meluas,” jelas Muhammad Nasir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!