Pemilihan Presiden AS: Kamala Harris dapat sokongan komuniti pelaburan

Kamala Harris
Kamala Harris
A
A
A

ISTANBUL - Lebih 100 pemodal teroka mengumumkan mereka menyokong Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris dalam usaha beliau untuk pemilihan presiden pada November.

Ikrar dalam talian mereka dibuat pada Rabu, ketika Kamala meningkatkan kempennya menentang calon presiden Republikan Donald Trump, lapor Agensi Anadolu yang memetik CNBC News.

Sokongan itu juga datang selepas Trump menerima sokongan vokal daripada beberapa ahli komuniti pelaburan teknologi pada awal Jun.

Menggelarkan diri mereka sebagai VC untuk Kamala, kumpulan itu terdiri daripada pelabur dan usahawan daripada pelbagai dana yang mapan dan baharu muncul serta demografi yang pelbagai.

Ia termasuk Vinod Khosla dari Khosla Ventures, pengasas LinkedIn Reid Hoffman, pemilik minoriti Dallas Mavericks Mark Cuban, pengasas Cowboy Ventures Aileen Lee dan rakan kongsi Union Square Ventures Rebecca Kaden.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata bahawa "institusi yang kukuh dan boleh dipercayai adalah ciri, bukan masalah dan industri kami - dan setiap industri lain - akan runtuh tanpa mereka."

Konvensyen Nasional Demokratik yang perwakilan akan memilih calon presiden parti, dijadualkan berlangsung di Chicago, Illinois, pada 19 hingga 22 Ogos. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!