Imigresen serbu tapak pembinaan, 44 warga asing ditahan

Warga asing yang ditahan selepas sebuah tapak pembinaan di Sri Gading, Batu Pahat diserbu Imigresen pada petang Selasa. Foto Jabatan Imigresen Malaysia
Warga asing yang ditahan selepas sebuah tapak pembinaan di Sri Gading, Batu Pahat diserbu Imigresen pada petang Selasa. Foto Jabatan Imigresen Malaysia
A
A
A

BATU PAHAT - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 44 warga asing selepas menggempur sebuah tapak pembinaan di Sri Gading, dekat sini pada Selasa.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan jam 4.15 petang itu hasil aduan awam yang menyatakan terdapat warga asing bekerja tanpa pas dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Seramai 88 warga asing termasuk warga tempatan telah diperiksa dalam operasi tersebut.

Warga asing yang ditahan selepas sebuah tapak pembinaan di Sri Gading, Batu Pahat diserbu Imigresen pada petang Selasa. Foto Jabatan Imigresen Malaysia
Warga asing yang ditahan selepas sebuah tapak pembinaan di Sri Gading, Batu Pahat diserbu Imigresen pada petang Selasa. Foto Jabatan Imigresen Malaysia

"Warga asing ditahan terdiri daripada 33 lelaki warganegara Bangladesh, Indonesia (lapan lelaki), Myanmar (dua lelaki) dan seorang lelaki warganegara Nepal berusia 19 tahun hingga 51 tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kesemua warga asing tersebut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan, Seksyen 6(1)(c) iaitu tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa.

Warga asing yang ditahan selepas sebuah tapak pembinaan di Sri Gading, Batu Pahat diserbu Imigresen pada petang Selasa. - Foto Jabatan Imigresen Malaysia
Warga asing yang ditahan selepas sebuah tapak pembinaan di Sri Gading, Batu Pahat diserbu Imigresen pada petang Selasa. - Foto Jabatan Imigresen Malaysia

"Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"JIM Johor akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan di seluruh negeri dan tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas.

"Tindakan tegas akan turut diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI)," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!