Pengutip besi rogol budak 10 tahun dalam hutan

Seorang lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di hutan di sini, pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Mohd Azam. Gambar hiasan 123RF
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di hutan di sini, pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Mohd Azam. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di hutan di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian jam 8 malam itu berlaku semasa kanak-kanak warga Myanmar berkenaan pulang dari kelas tambahan.

Menurutnya, suspek telah membawa mangsa ke hutan dan merogolnya sebanyak empat kali.

"Susulan laporan daripada mangsa, kita menahan suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pengutip besi di Cheras Baru, pada Isnin," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Azam berkata, hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah.

"Siasatan mendapati suspek dan mangsa bercinta.

"Lelaki itu direman selama tujuh hari bermula Isnin hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Pengutip besi rogol budak 10 tahun dalam hutan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Jenayah #Rogol #WargaAsing #Myanmar #PengutipBesi #KanakKanak #Budak

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!