Empat cedera ketika berlumba, polis giat buru semua terlibat

Tangkap layar video penunggang motosikal dipercayai berlumba dengan membuat aksi meniarap di atas motosikal, sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang untuk melakukan lagak Superman sebelum terbabit kemalangan.
Tangkap layar video penunggang motosikal dipercayai berlumba dengan membuat aksi meniarap di atas motosikal, sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang untuk melakukan lagak Superman sebelum terbabit kemalangan.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Empat motosikal terlibat dalam kemalangan seperti yang tular di media sosial disahkan akibat berlumba.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan video tular tersebut pada jam 10 pagi Khamis yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berlumba dan terlibat dengan kemalangan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian kemalangan itu berlaku pada jam 10.36 malam Rabu di Kilometer (KM) 20.8 Lebuh Raya Latar, hala timur melibatkan empat buah motosikal pelbagai jenis.

"Keempat-empat penunggang motosikal ini dipercayai berlumba dengan membuat aksi meniarap di atas motosikal, sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang untuk melakukan lagak Superman.

"Kesemua yang terlibat dalam kemalangan ini mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapat rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Empat motosikal terlibat dalam kemalangan seperti yang tular di media sosial disahkan akibat berlumba.
Empat motosikal terlibat dalam kemalangan seperti yang tular di media sosial disahkan akibat berlumba.

Mohd Hafiz berkata, kesemua penunggang yang berusia 20 hingga 24 tahun itu dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis lalu.

Katanya lagi, pihak polis kini giat mengesan kesemua penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Muhammad Fahmi Shamsuddin di talian 014-366 7353 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!