Masjid seluruh Terengganu adakan solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh

Masjid di kerajaan Terengganu akan mengadakan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh pada malam Jumaat.
Masjid di kerajaan Terengganu akan mengadakan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh pada malam Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seluruh masjid di bawah pentadbiran kerajaan Terengganu akan mengadakan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh pada malam Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat rasmi dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, solat jenazah ghaib untuk Haniyeh yang syahid dalam serangan di Iran awal pagi Rabu lalu akan diadakan selepas solat Isyak.

Surat rasmi dikeluarkan JHEAT pada Khamis mengarahkan supaya masjid di bawah kerajaan Terengganu mengadakan solat jenazah ghaib pada malam Jumaat susulan kematian pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh.

"Seperti kita sedia maklum, Ketua Biro Politik Hamas yang juga mantan Perdana Menteri Palestin telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Julai.

"Sehubungan itu, sebagai tanda penghormatan kepada beliau, pihak jabatan memohon kerjasama tuan dan ahli kariah tuan untuk mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Isyak pada 2 Ogos (Jumaat)," jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, Ismail dan seorang pegawainya dilaporkan terbunuh selepas Israel menyerang kediamannya di Tehran awal pagi Rabu.

Allahyarham ketika itu berada di Teheran bagi menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Republik Iran, Masoud Pezeshkian, pada petang Selasa waktu tempatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!