Olimpik Paris: Zii Jia mara ke suku akhir, tumpaskan Popov

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil tuan rumah, Toma Junior Popov pada pusingan 16 terbaik Sukan Olimpik Paris 2024 pada Khamis.

Zii Jia yang turun selaku pemain pilihan tampil dengan permainan kemas dalam aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena sekali gus mara ke suku akhir dan mencerahkan peluang pemburuan pingat emas pada edisi Olimpik kali ini.

Pada set pertama, Zii Jia tampak mudah untuk menguasai rentak perlawanan mengatasi cabaran yang cuba dijelmakan pemain di ranking ke-20 dunia itu melalui kemenangan bergaya 21-13.

Namun, Popov yang mendapat sokongan padu daripada ribuan penyokong sendiri cuba untuk mengheret perlawanan ke set penentuan apabila memberikan tentangan yang hebat kepada Zii Jia.

Bagaimanapun, Zii Jia yang memegang rekod kemenangan selepas empat pertemuan ke atas Popov nyata lebih unggul apabila mencatatkan kemenangan 24-22.

Pemain berusia 26 tahun itu dijadualkan berdepan pemain di ranking ketiga dunia dari Denmark, Anders Antonsen pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!