Wanita hamil 8 bulan maut terjatuh dari wad

Seorang wanita yang mengandung lapan bulan meninggal dunia selepas terjatuh dari wad di Tingkat 3, Hospital Lahad Datu di sini, pada Khamis.
Seorang wanita yang mengandung lapan bulan meninggal dunia selepas terjatuh dari wad di Tingkat 3, Hospital Lahad Datu di sini, pada Khamis.
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang wanita yang mengandung lapan bulan meninggal dunia selepas terjatuh dari wad di Tingkat 3, Hospital Lahad Datu di sini, pada Khamis.

Wanita berusia 20-an yang mengalami masalah mental itu difahamkan telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada Selasa lalu oleh ahli keluarganya selepas dilihat bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, wanita yang mengandung 33 minggu itu dihantar ke unit kecemasan pada awalnya sebelum dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

"Semasa di wad pada Rabu, wanita itu turut bertindak bertindak agresif namun dapat dihalang oleh jururawat bertugas.

"Mangsa kemudian diberikan rawatan ubat penenang dan tidak menunjukkan tanda agresif namun pada jam 7.20 malam mangsa ditemui terbaring atas rumput di tingkat bawah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, mangsa segera dikejarkan ke unit kecemasan untuk rawatan lanjut dan seterusnya dibedah bagi menyelamatkan kandungannya itu.

"Namun, bayi berusia 33 minggu itu disahkan telah meninggal dunia dalam kandungan dan mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi turut disahkan meninggal dunia pada Khamis.

"Susulan daripada siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah ditemui ke atas kematian mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dzulbaharin berkata, mayat telah dihantar ke unit forensik untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!