Kematian Ismail Haniyeh ibarat hinaan kepada Iran

Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh diibaratkan sebagai satu hinaan kepada Iran kerana kematian itu berlaku di Iran dan bukan di Gaza.

Rakyat Malaysia yang pernah terkandas di Palestin, Nurul Ain Haron, 38, berkata, perbuatan terkutuk itu akan memberi impak besar kepada perundingan Hamas dan Israel yang berbincang untuk menukar tahanan serta melakukan gencatan senjata.

“Pemergian Ismail Haniyeh benar-benar di luar jangkaan. Beliau seorang pemimpin terhormat di Gaza. Kematian beliau membangkitkan kerisauan yang sukar diungkapkan.

Nurul Ain
Nurul Ain

“Umum mengetahui beliau bukan dibunuh di Gaza tetapi di Iran. Ini diibaratkan satu hinaan kepada Iran dan pastinya mereka (Iran) tidak akan berdiam diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai keluarganya yang berada di Palestin, Nurul Ain berkata, kesemua mereka selamat, namun mereka berdepan dengan kepayahan untuk mendapatkan sumber air dan makanan.

“Sesetengah (ahli keluarga) ada di rumah dan ada di khemah.

“Adik ipar saya yang berumur 14 tahun dan 17 tahun terpaksa beratur selama enam jam untuk mendapatkan air.

Artikel Berkaitan:

“Sementara itu, ayah mertua saya terpaksa berjalan lebih sejam untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Walaupun berdepan dengan keperitan, saya bersyukur mereka semua selamat. Itu yang paling penting,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!