Fenomena pelik, ribuan pepatung serbu pantai peranginan

Ribuan pepatung melintas di sebuah pantai peranginan di Westerly, Rhode Island, Amerika Syarikat baru-baru ini. Agensi
Ribuan pepatung melintas di sebuah pantai peranginan di Westerly, Rhode Island, Amerika Syarikat baru-baru ini. Agensi
A
A
A

RHODE ISLAND - [DIKEMAS KINI] Satu fenomena pelik tular di media sosial yang menyaksikan ribuan pepatung menyerbu sebuah pantai peranginan di Westerly, Rhode Island, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Rakaman video menunjukkan pepatung itu berterbangan di Pantai Negeri Misquamicut di celah-celah pengunjung yang sedang beriadah.

Susulan kejadian itu, pengunjung dilaporkan panik dan berlari mendapatkan perlindungan selepas melihat gerombolan pepatung berwarna hitam sedang menuju ke kawasan pantai.

Beberapa pengunjung dilihat menjerit ketakutan manakala segelintir lagi memukulnya dengan menggunakan pakaian kerana bimbang serangga itu berkemungkinan 'menyengat' mereka.

"Semasa beriadah di Pantai Negeri Misquamicut, tiba-tiba kami diserang dengan kehadiran gerombolan pepatung dengan jumlah yang sangat besar.

"Pada mulanya kami menyangkakan ia gerombolan burung yang berterbangan di langit, namun ketika ia mendekati kami, rupa-rupanya ia serangga pepatung dalam jumlah yang besar," kata penduduk, Martin kepada stesen televisyen WCVB.

Pengungjung Richard Sontag yang merakam video terebut menyifatkan fenomena itu sebagai 'pencerobohan' dan berkemungkinan memberi petanda tidak diingini bakal berlaku.

Setakat ini, tiada pihak tampil menjelaskan punca pepatung 'menyerang' pantai tersebut seperti mana kebiasaan melihat gerombolan belalang juta atau lebah yang pernah menyerang di negeri sekitar AS sebelum ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!