Wanita menari aksi tak senonoh belakang motovan polis ditahan

Tindakan wanita merakam dan memuat naik video menari dengan aksi tidak senonoh di tempat awam membawa padah apabila ditahan polis.
Tindakan wanita merakam dan memuat naik video menari dengan aksi tidak senonoh di tempat awam membawa padah apabila ditahan polis.
A
A
A

TAWAU - Tindakan seorang wanita merakam dan memuat naik video sedang menari dengan aksi tidak senonoh di tempat awam membawa padah apabila ditahan polis pada Khamis.

Wanita berusia 22 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau manakala telefon bimbitnya turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan itu susulan daripada siasatan yang dibuat oleh pihaknya berhubung satu video yang tular memaparkan wanita berkelakuan tidak senonoh di tempat awam sekitar Bandar Tawau.

Meurutnya, satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga merupakan seorang pegawai kanan polis berhubung rakaman tersebut yang tular di aplikasi TikTok berdurasi 17 saat pada jam 4.44 petang.

"Di dalam klip video tersebut kelihatan seorang wanita sedang menari dengan aksi yang tidak senonoh di bahagian belakang sebuah motovan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Video tersebut disyaki dirakam semasa kenderaan tersebut sedang berhenti di kawasan parkir berhadapan dengan sebuah kedai di Bandar Tawau semasa pemandu dan penumpang sedang makan dalam menyertai kejohanan bola tampar yang akan berlangsung di daerah Semporna," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jasmin berkata, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau menahan seorang wanita tempatan tersebut untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Undang-Undang Negeri Sabah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!