Pelajar maut, rakan parah motosikal bertembung

Keadaan motosikal jenis Yamaha LC 135 dinaiki dua rakan selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Telari dekat Manir, di Kuala Terengganu.
Keadaan motosikal jenis Yamaha LC 135 dinaiki dua rakan selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Telari dekat Manir, di Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar lelaki maut manakala dua lagi parah apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Kampung Telari, Manir, di sini malam Khamis.

Nahas berlaku kira-kira jam 10.26 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Hairis Irsyad Azhar, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian, mangsa yang beralamat di Kampung Banggol Tuan Muda membonceng motosikal ditunggang rakannya, Ahmad Uwais Qarni Azrul, 15.

Keadaan motosikal Honda EX5 selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Telari dekat Manir, di Kuala Terengganu.
Keadaan motosikal Honda EX5 selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Telari dekat Manir, di Kuala Terengganu.

Menurutnya, kedua-dua remaja tersebut dari arah Kampung Kebor Besar menghala ke Banggol Peradong sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang Muhammad Hafiz Hafiza Mazlan, 25.

"Hasil siasatan mendapati motosikal jenis Yamaha LC 135 dinaiki mangsa dari arah Kampung Kebor Besar bertembung dengan sebuah lagi motosikal jenis Honda EX5 yang melintas masuk ke jalan utama.

"Akibat pelanggaran itu mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)," katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!