Penggunaan JomParking ditamatkan di Seremban, Nilai - MBS

Anggota penguat kuasa MBS sedang menjalankan rondaan dan kawalan lalu lintas sekitar Seremban. Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan penggunaan tempat letak kereta yang telah dilaksanakan di kawasan Seremban dan Nilai bagi mengelakkan tindakan kompaun. Pemantauan kesalahan lalu lintas oleh penguat kuasa MBS termasuk parkir. Foto FB MBS
Anggota penguat kuasa MBS sedang menjalankan rondaan dan kawalan lalu lintas sekitar Seremban. Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan penggunaan tempat letak kereta yang telah dilaksanakan di kawasan Seremban dan Nilai bagi mengelakkan tindakan kompaun. Pemantauan kesalahan lalu lintas oleh penguat kuasa MBS termasuk parkir. Foto FB MBS
A
A
A

SEREMBAN- Penggunaan aplikasi JomParking sebagai kaedah pembayaran caj parkir di kawasan Seremban dan Nilai akan ditamatkan berkuat kuasa pada 30 September ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS),Datuk Masri Razali berkata, orang ramai boleh menggunakan alternatif lain untuk membuat bayaran caj parkir antaranya aplikasi FlexiParking, Evocity, Touch n Go eWallet dan Setel.

"Mereka boleh membuat pilihan sama ada bayaran per jam atau belian secara pas bulanan.

"Selain penggunaan aplikasi tersebut, pengguna juga boleh membuat bayaran caj tempat letak kereta menggunakan sistem eKupon atau kupon gores dan pamer melalui ejen-ejen jualan rasmi yang telah dilantik," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kredit sedia ada dalam Jomparking masih boleh digunakan di Seremban sehingga tarikh tamat dikuatkuasakan.

"Selepas tarikh berkenaan orang ramai boleh menggunakannya di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) lain seperti di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

"Sekiranya pengguna aplikasi JomParking ingin membuat pertanyaan berkaitan aplikasi tersebut, mereka boleh menghubungi syarikat pembekal JomParking untuk maklumat lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Masri turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan penggunaan tempat letak kereta yang telah dilaksanakan di kawasan Seremban dan Nilai bagi mengelakkan tindakan kompaun.

Artikel Berkaitan:

Selain itu katanya, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta boleh dibuat melalui laman web rasmi Majlis Bandaraya Seremban www.mbs.gov.my atau pada aplikasi FlexiParking atau mengunjungi mana-mana cawangan kaunter bayaran hasil MBS berhampiran.

"Sebarang pertanyaan mengenainya boleh menghubungi Unit Letak Kereta di talian 06-765 4782/4761 /4789 manakala cadangan atau aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MBS menerusi pautan mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma Aplikasi Respon Rakyat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!