Tiada laporan diterima berkait XFOX Market, siasatan oleh BNM

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR -Tiada laporan diterima pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai dakwaan penipuan pelaburan membabitkan syarikat XFOX Market Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan terhadap syarikat itu dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Hasil semakan, syarikat XFOX Market Sdn Bhd ditubuhkan pada 2021 dan kini dalam siasatan BNM berkait kesalahan pengambilan deposit secara haram mengikut Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) 2013.

"Sehingga kini tiada mangsa membuat laporan polis berkaitan penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan syarikat itu," katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan operasi dilaksanakan BNM ke atas 12 premis syarikat dan entiti di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Entiti tersebut sebelum ini telah disenaraikan dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM pada 14 Jun tahun lalu.

Pelbagai barangan mewah dan 92 akaun bank membabitkan nilai lebih RM30 juta milik syarikat pelaburan yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan dirampas serta disita BNM.

Antara yang juga disita ialah emas, kenderaan, barang mewah, wang tunai dianggarkan bernilai RM4.85 juta selain beberapa dokumen.

Artikel Berkaitan:

Operasi dilaksanakan BNM secara bersepadu dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan PDRM menerusi Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

@sinarharianonline

PDRM tak terima laporan mangsa berkait XFOX Market Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #PDRM #Polis #BNM #XFOX #Pelaburan #Penipuan #Jenayah #Wang #Duit

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!