Dua anggota polis ditahan tugas peras ugut wang warga asing

Naazron. Laporan Sinar Harian
Naazron. Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki melakukan peras ugut wang daripada pasangan warga asing di Jalan Taming Sari, Kajang, Selangor baru-baru ini dikenakan tindakan sewajarnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua anggota terbabit akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Beliau berkata, perintah tahan tugas ke atas kedua-dua anggota itu dianggap tindakan paling awal dilaksanakan oleh pihak polis sebaik sahaja kes terbabit didakwa di mahkamah.

"Berhubung aspek tindakan tatatertib, siasatan dimulakan sebaik laporan dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil sebaik sahaja siasatan tatatertib selesai," katanya kepada media pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan dua anggota polis ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan wang terhadap warga asing dalam kejadian di Jalan Taming Sari.

Kejadian pemerasan tersebut tular apabila ia dirakam dan dimuat naik di platform media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini dilaporkan berkata, tangkapan dilakukan selepas polis memeriksa video tular memaparkan dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dipercayai sedang memeras wang daripada seorang lelaki.

Beliau berkata, kedua-dua direman dua hari bermula 29 Julai lalu dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!