Seleweng 2,750 minyak masak peket, masuk dalam tangki IBC

Sebahagian minyak masak peket yang disita. Foto KPDN Johor
Sebahagian minyak masak peket yang disita. Foto KPDN Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Negeri Johor pada Selasa berjaya membanteras kegiatan penyelewengan minyak masak peket dalam serbuan di sebuah premis tanpa nama di sekitar Jalan Sri Purnama, Pandan, di sini, pada Selasa.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo, serbuan sekitar jam 10 malam itu dilakukan susulan aduan daripada pasukan Polis Marin Johor Bahru berhubung wujud aktiviti penyelewengan minyak masak peket di kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihak penguatkuasa KPDN Johor telah menemukan sebanyak 2,750 minyak masak peket seberat 1 kilogram (kg) di mana 2,150 daripadanya telah dipotong dan diisi ke dalam tiga tangki IBC sementara 600 peket lagi belum dipotong.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, premis berkenaan juga tidak mempunyai sebarang dokumen bagi untuk tujuan penyimpanan dan pemasaran minyak masak peket tersebut.

Sebahagian tangki IBC yang mengandungi minyak masak peket. Foto KPDN Johor
Sebahagian tangki IBC yang mengandungi minyak masak peket. Foto KPDN Johor

“Sehubungan itu, pihak penguatkuasa KPDN Johor telah menyita ekshibit melibatkan 600 peket minyak masak peket 1kg, 2,150 plastik lutsinar minyak masak peket 1kg yang telah dipotong atau dikoyak, tiga tangki IBC yang mengandungi cecari disyaki minyak masak pada angaran 3,000 liter dan sebuah lori di mana keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM21,750.

“Seorang lelaki warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Jumaat.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan jika disabit kesalahan denda sehingga RM 1 juta atau penjara selama 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM 3 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

"Bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

"Siasatan lanjut juga akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak masak paket termasuklah sumber minyak masak paket diperolehi dan edaran mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!