ADUN Mahkota, Sharifah Azizah meninggal dunia

Sharifah Azizah Syed Zain
Sharifah Azizah Syed Zain
A
A
A

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini, pada Jumaat.

Ketua Wanita UMNO Kluang yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor sebelum itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HEBHK akibat pendarahan dalaman.

Beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.

Sebelum itu, Sharifah Azizah merupakan ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.

Dalam pada itu, pemergian Allahyarhamah dikongsikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Onn Hafiz menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu perkhabaran duka.

"Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka tentang pemergian ADUN, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

"Pemergian YB Datuk Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi.

Artikel Berkaitan:

"Jasa dan bakti beliau untuk negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga ALLAH SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!