Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh

Demonstrasi yang tercetus di Bangladesh sejak 1 Julai itu menyaksikan sekurang-kurangnya 133 orang terbunuh dalam protes membantah pengenalan semula sistem kuota perkhidmatan awam. Foto REUTERS
Demonstrasi yang tercetus di Bangladesh sejak 1 Julai itu menyaksikan sekurang-kurangnya 133 orang terbunuh dalam protes membantah pengenalan semula sistem kuota perkhidmatan awam. Foto REUTERS
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang mempunyai urusan kurang penting dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Dhaka, Bangladesh berikutan keadaan di negara itu tidak dapat diramalkan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, ini kerana pihaknya sedia maklum ada warganegara Malaysia yang berhasrat pulang ke Bangladesh.

"Jika pulang ke sana, mereka dinasihatkan supaya mendaftarkan kehadiran di Bangladesh dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.

"Begitu juga pelajar Malaysia yang memilih untuk pulang ke Bangladesh bagi menyambung pelajaran sebaik sahaja mereka tiba di sana," ujarnya pada Jumaat.

Sebelum itu, demonstrasi yang tercetus sejak 1 Julai itu menyaksikan sekurang-kurangnya 133 orang terbunuh dalam protes membantah pengenalan semula sistem kuota perkhidmatan awam.

Mahkamah Agung Bangladesh pada Ahad memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan penjawat awam akan dibuat berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta.

Ia menjadikan lima peratus diperuntukkan kepada keturunan veteran perang kemerdekaan 1971 dan dua peratus kepada orang daripada kaum minoriti atau kurang upaya.

Semua premis di seluruh Bangladesh dikenakan perintah berkurung sejak Sabtu lalu, ditutup sementara susulan evakuasi itu termasuklah Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di sana.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu, warganegara Malaysia di Bangladesh harus terus berwaspada dan mengelak daripada berada berhampiran kawasan konflik.

"Langkah berjaga-jaga juga perlu diambil mengikut arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Kami sentiasa memantau keadaan di Bangladesh secara berterusan dan komited memastikan kebajikan dan keselamatan semua warganegara Malaysia di Bangladesh terjamin," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!