CAP cadang larangan kenderaan berat pada waktu puncak

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesyorkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengenakan larangan ke atas kenderaan berat menggunakan beberapa jalan raya utama di pusat bandar sini semasa waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader mencadangkan agar kenderaan berat dilarang memasuki jalan-jalan utama ke pusat bandar di negeri ini dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Beliau berkata, ia berikutan tinjauan pihaknya mendapati pergerakan kenderaan barangan dan pembinaan pada waktu puncak iaitu waktu pagi dan petang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta mengganggu kelancaran trafik di beberapa jalan di negeri tersebut.

"Jalan Masjid Negeri dan Jalan Scotland adalah antara yang paling sibuk di Pulau Pinang dan kesesakan ini diburukkan lagi dengan terdapatnya beberapa sekolah di sepanjang laluan itu.

"Peningkatan semasa kenderaan di bandar raya ini menyebabkan kelewatan yang ketara dengan beberapa pengguna melaporkan mengambil masa perjalanan lebih sejam untuk sampai ke destinasi mereka," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!