GXBank catat lebih 750,000 pengguna

Anwar (empat dari kanan) ketika gimik perasmian bagi Majlis Pelancaran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan di Galleria Avenue Malaysia, Bandar Utama pada Jumaat.
Anwar (empat dari kanan) ketika gimik perasmian bagi Majlis Pelancaran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan di Galleria Avenue Malaysia, Bandar Utama pada Jumaat.
A
A
A

KEJAYAAN bank digital pertama Malaysia, GXBank mencatat lebih daripada 750,000 pengguna pada Julai tahun ini berbanding 100,000 pengguna pada November tahun lalu disifatkan sebagai satu pencapaian amat membanggakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah yang dicapai dalam tempoh singkat itu bukan sekadar melibatkan golongan profesional atau atasan sahaja tetapi turut merangkumi semua termasuk generasi muda.

Menurutnya, perkembangan positif itu akan memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan dua proses iaitu faedah dan pemahaman terhadap konsep digital.

Anwar ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan di Galleria Avenue Malaysia, Bandar Utama pada Jumaat.
Anwar ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan di Galleria Avenue Malaysia, Bandar Utama pada Jumaat.

"Pertama, ada peluang kepada mereka, sama ada faedah atau pinjaman dari segi penggunaan bank, itu bisa dirasa oleh mereka walaupun kecil, ia bukan cecah puluhan juta atau ribu ringgit tetapi ia sangat bermakna kepada mereka.

"Jadi dalam isu bank digital, konsepnya sama iaitu diperluaskan. Sebab itu kalau dalam satu tahun boleh mencecah 800,000 tetapi kemudahan itu atau apa yang disebut ekonomi yang merakyatkan.

"Kedua, yang sangat kritikal dalam zaman digital ini ialah pendedahan kepada maksud digital. Setiap kali kita perkenalkan satu konsep baharu contohnya transformasi digital, saya sangat bimbang kerana apa erti perubahan kalau ia tidak memberi manfaat kepada masyarakat terbanyak, lebih parah ia menyebabkan kesenjangan lebih melebar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan di Galleria Avenue Malaysia, Bandar Utama pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pendirian kerajaan terhadap bank digital di negara ini ialah untuk memberi laluan pantas supaya inisiatif tersebut dapat bergerak maju dengan lebih cepat.

“Kita bukan mahu paling awal kerana di rantau ini Malaysia bukan paling awal. Jadi dalam beberapa aspek kita agak ketinggalan.

“Jadi cabaran untuk GXBank dan bank-bank digital yang telah diluluskan ialah melakukan perubahan itu dalam kadar lebih laju dan pesat,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah GXBank, Datuk Zaiton Mohd Hassan berkata, GXBank mempunyai hala tuju dan misi bank untuk keterangkuman kewangan sebati dengan etos dan operasi bank sejak awal penubuhannya.

Zaiton ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan di Galleria Avenue Malaysia, Bandar Utama pada Jumaat.
Zaiton ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan di Galleria Avenue Malaysia, Bandar Utama pada Jumaat.

“Daripada hanya 100,000 pengguna pertama dalam tempoh dua minggu pertama pelancaran bank kami di bulan November tahun lepas, kami kini sudah mencatatkan lebih daripada 750,000 pengguna yang telah membuka lebih daripada 800,000 dana simpanan dan jumlah ini semakin meningkat.

“Kami juga telah mencecah lebih daripada 13 juta transaksi melalui kad GX and kod QR. Ini adalah tanda sokongan padu terhadap GXBank,” menurutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!