Bekas jurulatih olahraga negara, Leo Armstrong meninggal dunia

Leo Leslie Armstrong
Leo Leslie Armstrong
A
A
A

BEKAS jurulatih olahraga negara, Leo Leslie Armstrong meninggal dunia pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Petaling Jaya pagi semalam.

Anak perempuannya Sharon Armstrong ketika dihubungi Bernama berkata, Armstrong meninggal dunia akibat penyakit kanser.

"Kami mengetahui mengenai penyakit kanser ayah saya tahun ini, kematian ayah saya memang agak mengejut,” katanya.

Sharon berkata upacara penghormatan terakhir akan diadakan selama tiga hari bermula esok di St Ignatius Chuch (Funeral Parlour 1) dan mendiang akan disemadikan di Krematorium MBPJ pada Selasa.

Selain menjadi jurulatih skuad pecut kebangsaan, Armstrong juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mumtaz Jaafar yang merupakan seorang daripada atlet di bawah Armstrong berkata pemergian jurulatihnya itu merupakan kehilangan besar buat arena sukan tanah air.

"Dia salah seorang jurulatih dalam kontinjen pecut negara pada masa itu, beliau sangat lemah lembut dan fokus, dia tahu apa yang dia buat dan berpengalaman sangat bagus dalam kejurulatihan.

"Sangat rendah diri dan mudah difahami segala ilmu yang diberikan ketika mengendali skuad negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bekas juara 400 meter (m) lelaki kebangsaan K. Jayabalan menyifatkan mendiang sebagai individu yang baik dan amat dikenali dalam kalangan atlet negara ketika itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!