JAS Kedah ambil tindakan terhadap penggerak projek kuari batu

JAS Kedah mengambil tindakan terhadap kuari batu di Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil di sini selepas didapati melanggar beberapa syarat kelulusan laporan impak alam sekitar (EIA).
JAS Kedah mengambil tindakan terhadap kuari batu di Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil di sini selepas didapati melanggar beberapa syarat kelulusan laporan impak alam sekitar (EIA).
A
A
A

BANDAR BAHARU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sudah mengambil tindakan terhadap penggerak projek kuari batu di Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil di sini, selepas didapati melanggar beberapa syarat kelulusan laporan impak alam sekitar (EIA).

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, arahan di lapangan sudah dikeluarkan selepas melakukan pemeriksaan lanjut ke atas syarat EIA serta siasatan di kawasan berkenaan pada Khamis.

Katanya, ia akan disusuli dengan Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

"Sekiranya gagal mematuhi notis dalam tempoh yang ditetapkan, penggerak projek akan diambil tindakan lanjut termasuk arahan berhenti kerja serta tindakan perundangan di bawah Seksyen 34A(7) AKAS 1974 yang boleh membawa penalti antara RM100,000 sehingga RM1Juta dan mandatori penjara sehingga lima tahun.

Tinjauan pegawai JAS di kuari batu di Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil.
Tinjauan pegawai JAS di kuari batu di Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil.

"Penggerak projek perlu melaksanakan langkah pembetulan dan tapak akan diperiksa semula," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, tindakan pemeriksaan itu dibuat susulan kenyataan Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang mendakwa menerima aduan daripada penduduk berkaitan pencemaran udara.

"Sebelum ini, laporan EIA bagi kuari itu diluluskan pada 7 Ogos 2017 dan ia mematuhi zon penampan (buffer zone) minimum iaitu sekurang-kurangnya 500 meter ke reseptor sensitif seperti kediaman.

Artikel Berkaitan:

"Sejak kelulusan diberi, JAS Kedah telah melakukan penguatkuasaan berkala ke atas kuari ini. Berdasarkan rekod, kuari ini didapati patuh kepada syarat-syarat EIA pada pemeriksaan pada Januari lalu.

"Berikutan isu yang dibangkitkan oleh SAM semalam, JAS Kedah telah menjalankan siasatan susulan di tapak, bagaimanapun setakat ini tiada aduan terus dari penduduk kepada JAS diterima," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan pasukan penguatkuasa JAS Kedah mendapati bahawa kawalan habuk dilaksanakan oleh penggerak projek seperti menjalankan siraman air ke atas permukaan jalan di dalam dan di luar kawasan tapak kuari.

Stesen cucian tayar kenderaan juga disediakan di pintu masuk bertujuan mengurangkan kesan habuk dan debu sebelum dibenarkan keluar menggunakan jalan awam.
Stesen cucian tayar kenderaan juga disediakan di pintu masuk bertujuan mengurangkan kesan habuk dan debu sebelum dibenarkan keluar menggunakan jalan awam.

"Selain itu, stesen cucian tayar kenderaan juga disediakan di pintu masuk bertujuan mengurangkan kesan habuk dan debu sebelum dibenarkan keluar menggunakan jalan awam.

"Permukaan jalan juga kelihatan basah semasa pemeriksaan dijalankan. Satu unit dron telah diterbangkan untuk tujuan pemantauan udara kawasan tapak kuari dan mendapatkan imej cerapan dari udara keadaan semasa di tapak projek.

"Kekerapan penyiraman air perlu dipertingkatkan dalam cuaca panas dan kering dan perlu dilakukan secara konsisten oleh penggerak projek," jelasnya.

Sharifah Zakiah berkata, kehadiran segera pegawai JAS di lapangan menunjukkan komitmen jabatan itu dalam menjalankan siasatan aduan pencemaran alam sekitar yang mengganggu orang awam dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 walaupun JAS Kedah mempunyai kekangan kakitangan untuk memantau pelbagai kegiatan industri serta pembangunan di Kedah.

"Jabatan ini akan turut mengkordinasikan tindakan yang akan melibatkan lain-lain agensi berkaitan bagi turut sama memantau kuari dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing serta untuk melihat penambahbaikan lain yang boleh dilakukan oleh pemaju di tapak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!