Rondaan cegah kemalangan bongkar jenayah seludup ketum

Antara bungkusan daun ketum yang dirampas susulan penahanan Nissan Navara di Lebuhraya Elite, Sepang pada Jumaat. Gambar kecil: Wan Kamarul Azran
Antara bungkusan daun ketum yang dirampas susulan penahanan Nissan Navara di Lebuhraya Elite, Sepang pada Jumaat. Gambar kecil: Wan Kamarul Azran
A
A
A

SEPANG - Rondaan cegah jenayah kemalangan dan penguatkuasaan di Lebuhraya Elite dekar sini membongkar kegiatan pasangan suami isteri membawa kira-kira 265 kilogram (kg) daun ketum pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, rondaan sepasukan Peronda Lebuh Raya (EMPV) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi itu bertindak menahan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 36 dan 38 tahun.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan terbabit menemui 14 beg plastik berzip yang setiap satunya mengandungi plastik hitam berisi dedaun hijau disyaki ketum seberat kira-kira 265 kg.

"Daun ketum dianggar bernilai RM10,600 itu dipercayai untuk pasaran sekitar selatan Semenanjung," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah.

Katanya, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod lampau itu telah direman empat hari sehingga 5 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Polis mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan maklumat jenayah terutama berkaitan dadah dan ketum dalam usaha membanteras aktiviti pengedaran habis-habisan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!