Konvensyen Fujian Sedunia mampu pacu ekonomi

Lim Hock San (duduk, tengah) bersama pemimpin-pemimpin dari 15 persatuan-persatuan Hokkien dari Negeri Sembilan pada Majlis 100 Hari Menjelang Konvensyen Dunia Fujian ke-11, di sebuah restoran di Seremban, semalam.
Lim Hock San (duduk, tengah) bersama pemimpin-pemimpin dari 15 persatuan-persatuan Hokkien dari Negeri Sembilan pada Majlis 100 Hari Menjelang Konvensyen Dunia Fujian ke-11, di sebuah restoran di Seremban, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Konvensyen Dunia Fujian ke-11 yang akan berlangsung pada November depan diharap dapat meningkatkan ekonomi, pelaburan dan pelancongan negara.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (FHAM), Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, berkata, Konvensyen Dunia Fujian merupakan konvensyen tiga tahun sekali yang menyatukan komuniti Fujian di seluruh dunia untuk pertukaran budaya, jaringan perniagaan, dan promosi warisan Fujian.

“Konvensyen Dunia Fujian ke-11 akan menampilkan Pameran Perdagangan, Forum Ekonomi, dan siri acara budaya yang menyediakan pelbagai peluang untuk keterlibatan dan kerjasama.

“Konvensyen ini bertujuan untuk merangsang ekonomi tempatan melalui pembangunan perniagaan dan pertukaran budaya,”katanya dalam sidang media 100 Hari Menjelang Konvensyen Dunia Fujian ke-11, di sebuah restoran di Seremban, semalam.

Lim Hock San berucap pada Majlis 100 Hari Menjelang Konvensyen Dunia Fujian ke-11, di sebuah restoran di Seremban, semalam.
Lim Hock San berucap pada Majlis 100 Hari Menjelang Konvensyen Dunia Fujian ke-11, di sebuah restoran di Seremban, semalam.

Sidang media itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin dari 15 persatuan-persatuan Hokkien dari Negeri Sembilan.

Kehadiran mereka telah menunjukkan perpaduan dan identiti bersama komuniti Hokkien di dalam dan luar negara. Sokongan yang kuat daripada delegasi tempatan dan antarabangsa menonjolkan keharmonian Fujian.

Setakat ini, FHAM mempunyai lebih 251 persatuan gabungan di seluruh Malaysia. Sidang media ini juga menandakan 100 hari menjelang acara utama yang dijadualkan pada 7 hingga 9 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur City Centre.

Artikel Berkaitan:

Konvensyen ini dikatakan istimewa kerana ia meraikan ulang tahun ke-30 Konvensyen Dunia Fujian dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Konvensyen tersebut dijangka dapat mengeratkan lagi hubungan dalam komuniti dan memperkukuh hubungan Malaysia-China.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!