Anwar sertai solat jenazah ghaib Ismail Haiyeh di Masjid Negara

Anwar ketika hadir menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara. Foto Bernama
Anwar ketika hadir menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menyertai kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Masjid Negara.

Solat jenazah ghaib yang diadakan sejurus selepas Solat Jumaat itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

Turut serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Terdahulu, Ehsan menyampaikan Khutbah Khas Jumaat bertajuk Perjuangan Demi Nusa Tercinta bersempena sambutan Hari Pahlawan 2024.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Na’im pada Rabu meminta semua masjid di bawah seliaan Jakim dan JAWI mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haniyeh.

Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Palestin itu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran.

Beliau berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!