Individu tular berkas lelaki guna senjata api sah anggota polis

Polis mengesahkan individu dalam rakaman video yang tular memberkas seorang lelaki menggunakan senjata api adalah seorang anggota polis.
Polis mengesahkan individu dalam rakaman video yang tular memberkas seorang lelaki menggunakan senjata api adalah seorang anggota polis.
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan individu dalam rakaman video yang tular memberkas seorang lelaki menggunakan senjata api adalah seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu sedang menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes menghalang dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam di kawasan Relau kira-kira 5.45 petang, Rabu lepas.

"Suspek telah bertindak agresif serta cuba melarikan diri dan hampir melanggar anggota polis yang berada di lokasi namun telah berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Razlam berkata, pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemukan satu bungkusan plastik mengandungi dadah dipercayai jenis heroin dianggarkan seberat 10.35 gram (g).

Beliau berkata, sehari sebelum itu, suspek sama telah melanggar seorang anggota polis ketika hendak melarikan diri daripada ditahan hingga menyebabkan kecederaan kepada anggota terbabit.

Lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular klip video berdurasi 53 saat memaparkan seorang individu yang mendakwa dirinya anggota polis menggunakan senjata api bagi memberkas seorang lelaki. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!