Lebih 1,600 projek aktif seluruh negara bernilai RM72.6 bilion

Nanta (dua dari kanan) meninjau projek penggantian Jambatan Sungai Durian di Jalan Persekutuan FT008 pada Jumaat.
Nanta (dua dari kanan) meninjau projek penggantian Jambatan Sungai Durian di Jalan Persekutuan FT008 pada Jumaat.
A
A
A

KUALA KRAI - Sebanyak 1,687 projek aktif di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh negara dilaksanakan tahun ini membabitkan kos bernilai RM72.61 bilion.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek berkenaan termasuk infrastruktur jalan raya, jambatan dan bangunan seperti sekolah daif.

Menurutnya, sehingga Julai lalu, sebanyak 87 projek sudah disiapkan meliputi 34 projek infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan, manakala 42 binaan bangunan dan 11 lagi lain-lain projek.

"Kementerian memang akan pastikan semua projek pembinaan berjalan lancar bagi memudahkan masyarakat," katanya selepas meninjau projek penggantian Jambatan Sungai Durian di Jalan Persekutuan FT008 pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Nanta memberitahu, bagi negeri Kelantan pula, sebanyak 88 projek masih dalam pembinaan membabitkan kos berjumlah RM7.9 bilion.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 38 projek membabitkan bangunan dan selebihnya ialah infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan.

"Kebanyakan projek dijangka siap mengikut jadual yang ditetapkan antara 24 hingga 36 bulan bergantung kepada jenis pelaksanaan projek

"Kementerian memantau kesemua projek berkenaan bagi mengelakkan sebarang masalah yang boleh mengganggu tempoh masa diambil untuk siap sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!