Guardiola tagih sokongan padu penyokong City
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola merayu penyokong The Citizens supaya kembali memenuhi Stadium Etihad menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Liga menentang seteru setempat Manchester City awal pagi Khamis ini.
Menurutnya, The Citizens berada pada momentum untuk mara ke pusingan seterusnya berbekalkan kemenangan 3-1 pada aksi pertama di Old Trafford sebelum ini.
"Kami mempunyai beberapa jam lagi bagi melakukan persediaan terakhir sebelum menentang Manchester United dengan keyakinan dalam diri pemain berada pada tahap tertinggi.
"Jadi kami berharap supaya penyokong setia Manchester City kembali memenuhi setiap ruang Stadium Etihad bagi memberikan sokongan padu kepada pemain," kata bekas pengendali Bayern Munich dan Barcelona itu.
Luahan rasa isi hati Guardiola itu timbul apabila pengendali berusia 49 tahun berkenaan mendapati hanya 39,000 penyokong sahaja memenuhi laman keramat The Citizens yang mampu memuatkan 55,000 penonton ketika membelasah Fulham 4-0 pada saingan Piala FA baru-baru ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!