Aaron-Wooi Yik pamer semangat juang tinggi, kalah bermaruah

Aaron (dua dari kiri) dan Woo Yik tewas bermaruah menentang pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang di separuh akhir pada Jumaat. Foto AFP
Aaron (dua dari kiri) dan Woo Yik tewas bermaruah menentang pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang di separuh akhir pada Jumaat. Foto AFP
A
A
A

WAKIL beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menampilkan aksi memukau biar pun langkah mereka di Olimpik Paris 2024 terhenti di separuh akhir apabila tewas di tangan pilihan utama yang juga pasangan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang sebentar tadi.

Walaupun tewas, 19-21, 21-15 dan 17-21, persembahan dipamerkan Aaron-Wooi Yik dalam perlawanan yang berlangsung di La Chapelle Arena itu harus diberikan pujian.

Di set pertama, hanya dua mata memisahkan Aaron-Wooi Yik dengan gandingan China itu yang menyaksikan aksi tangkas di dalam gelanggang.

Enggan mengalah, Aaron-Wooi Yik memperagakan semangat juang tinggi di set kedua dengan skil permainan yang memukau penonton sehingga meraih kemenangan 21-15 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun, di set penentuan Wei Keng-Wang Chang semakin garang untuk mengutip mata demi mata, namun Aaron-Wooi Yik tetap memberikan tentangan sengit bagi mengejar kedudukan.

Pasangan China itu akhirnya berjaya melepasi rintangan Aaron-Wooi Yik dengan kemenangan 21-17.

Biar pun tewas, Aaron-Wooi Yik masih berpeluang untuk membawa pulang pingat gangsa apabila beraksi di play-off pada Ahad.

Pada temasya Olimpik Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik turut membawa pulang pingat gangsa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!