Kemalangan lori, kereta tiada kaitan dengan dadah - Polis

Kemalangan pada jam 11 pagi itu melibatkan sebuah lori jenis Nissan yang datang dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah dan kereta jenis Proton Saga dari arah bertentangan. Foto JBPM Negeri Sembilan

A
A
A

KUALA PILAH - Polis mengesahkan kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 23 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Teraci di sini pada Khamis tidak ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti dakwaan tular.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, pemandu kenderaan berkenaan telah menjalani ujian saringan air kencing dan keputusannya adalah negatif.

"Kemalangan pada jam 11 pagi itu melibatkan sebuah lori jenis Nissan yang datang dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah dan kereta jenis Proton Saga dari arah bertentangan.

"Siasatan mendapati, sebaik lori berkenaan tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan lori dan melanggar bahagian hadapan kenderaan berat tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Polis mengesahkan kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 23 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Teraci di sini pada Khamis tidak ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti dakwaan tular. Foto JBPM Negeri Sembilan

Ujarnya, pemandu lori mengalami kecederaan bengkak di bahagian tangan manakala pemandu kereta luka di bahagian kepala dan tangan. Kedua-duanya telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Pilah sebagai pesakit luar.

"Pemandu kereta telah diambil tindakan saman di bawah Kaedah lalulintas 10 LN 166/59 diatas kecuaian dalam pemanduan," katanya.

Pada Jumaat, sebuah video berdurasi 27 saat mengenai kejadian itu dimuat naik di Facebook dan mendapat perhatian warganet.

Artikel Berkaitan:

Dalam ruangan komen ada di antara pelayar Facebook berkongsi video dan mendakwa pemandu kereta berkenaan sebelum kejadian ditahan polis di Ampang Tinggi di sini selain disyaki positif dadah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!